Tuesday 29 June 2010

Bababababa Balik~~

Bababababa Balik~~





Yeaaaaaa, itu dia, Oman Air Airline,


Kalo korang nk tahu, haaaa, ni la dia flight yg akan sebam3d naik ntuk pulang ke tanah air, MALAYSIA. sebam3d xtahu la cane flight dia, sbb nih first tyme kowt sebam3d nek (naik).

Flight berlepas pada 25/7/2010 pada waktu 5 ptg (jd pukul 3ptg dah kena check in).
Akan smpai ke Malaysia pada 26/7/2010 insyaallah, pada pukul 12 tengahari.
Kembali to Mesir 10/10/2010 (lama siot cuti, :P)

hehe xsabar rasanya nk balik Malaysia, Malaysia, tunggu kawe sokmo, Photobucket

Salam, bye2~~

Saturday 26 June 2010

Oral Examination

Assalamualaikum wbt

Hari nih, 26 june 2010, adalah hari pertama ntuk oral examination bagi student tahun 2 Cairo University, iaitu physiology, selepas tamatnya exam written. Hari ni cuaca pagi mendung, mybe sbb pagi kot, tyme tuh pukul 7.30pg masa sebam3d betolak dari rumah besama hosmate sebam3d iaitu nazrin n shafiq (sry nama korang masuk blog aku, jangan apa2kan aku ek, :P)

Masa smpai ke university kengkawan yg len semua dah smpai, nk kata geng sebam3d smpai lmbat, x gak sbb kitowang smpai dalam pukul 8.00pg (xtahu la telebih ke terawal).

Ok, oral exam ntuk physio nih, dia ada 2 sesi, sesi pertama n sesi kedua, n student akan dipanggil berdasarkan no giliran masing2. Sesi kedua diadakan selepas sesi pertama n selaluny sesi kedua nih tghari sket. Tp ntah la cane td, range waktu antara sesi 1 n sesi 2 ntuk sebamed, adoii, macam langit n bumi, lama, penat menunggu. Ok, ni antara soalan yg ditanya oleh doctor kepada sebam3d :

Sesi Pertama :

1. What is Glomerular Filtration Rate, GFR?
2. What are the factor that affecting it?
3. Where is the position of Mesangial Cell?
4. What is Specific Dynamic Action of Food, SDA?
5. What is the food that has high SDA?
6. What do you know about Cushing Syndrome, name its manifestation?
7. Manifestation of Addison's Disease?

Sesi Kedua :

1. What do you know about synaptic transmissionn?
2. Do you know what is hemiplegia?
3. Where it is can be seen?
4. What is the cause of Upper Motor Neuron Lesion, UMNL?
5. What are the manifestations and its causes?

Haaa, tu la soalan oral yg sebam3d kena td, Alhamdulillah, lps selesai abis segala nervousness, ketar2 n darah tinggi, abes sume hilang, dah kembali ke normal :D

Alhamdulillah, Oral Physiology sudah habis dan menandakan physiology ntuk tahun 2 dah melabuhkan langsirnya, menghantar salam selamat tinggal buat kami gen 8 cairo university, dan 3 more orals to finish, biochemistry, histology and anatomy, and after that, we're coming home to Malaysia, CUTI CUTI CUTI, x sabar x sabar :D

Ok lah, sebam3d minta diri dulu

kon macam tiga segi,
next post kita jumpa lagi,

-Salam-

Friday 18 June 2010

Stack Error

Stack Error, korang boleh jumpa kat dalam kalkulator saintifik kalo korang tekan merapu kat kalkulator tuh, :P

Hm2, sebenanya sebam3d telah perasan satu benda, iaitu laptop sebam3d menjadi KURA-KURA, haha jangan tekejut, bukan betukar jadi kekura yg berkaki empat tuh, cuma laptop ni dia jadi smakin perlahan ntuk respond,kalo bukan 3-4 application, sah2 lembab, kalo teruk sangat smpai jadi non-responding, bleh kaco sebam3d gak nih adoiiii Photobucket

Meowth that's right

Haha ari nih sebam3d nk share gamba kucing yg mmg LOL tahap dewa, macam2 la kucing nih,

Apa2 pun LayaNz~~~~~~~~~~~~~





Thursday 17 June 2010

From clueless to all

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya..

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Ahli profesyenal yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profesyennya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan ‘sunnah’ barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan kompleks tempat membuang masa
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyanyian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail

P/s : coretan ini merupakan hasil dari arwah sahabat sebam3d sebelum dia meninggal dunia. Sama2 kita sedekah Al-fatihah kepadanya...

Anda mampu mengubahnya :)






Sebam3d pecaya ramai yg penah tgk poster di atas kan, hm2, sebam3d bukan apa, nk share, pasal palestin, n kalo nk g berperang ntuk palestin,sebam3d rasa, ramai yg x berkemampuan ag. n salah satu senjata yg ada pada setiap individu,iaitu BOIKOT.

BOIKOT, anda mampu mengubahnya :) (Sorry, gambar kecil,sebam3d x taw nk wat cane)

n di bawah nih ade cite skit, sebam3d n share, slamat membaca :)

Sejak tercetusnya isu LL4Gaza, kita sering ternampak mengenai "BOIKOT BARANGAN USA/ISRAEL" Mungkin ada yang berfikiran, apalah sangat kesan yang akan dirasai USA/ISRAEL jika orang Malaysia memboikot barangan mereka (seperti yang disebut oleh seorang PEMIKIR IKIM dalam Mingguan Malaysia yang menyimpulkan bahawa USA/ISRAEL takkan terasa kesan hasil pemboikotan barangannya oleh orang Malaysia, dalam erti kata lain tak ada ertinya kita melakukan sedemikian.) .Itu tidak penting.

Di akhirat kelak, Allah tidak bertanya apakah pemboikotan kita berjaya menjejaskan USA/ISRAEL. Tetapi yang ditanya Allah kelak adalah, 'Apakah yang kamu lakukan untuk agama kamu ?'

Seperti sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, 'buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.' Lalu dijawab oleh burung tersebut, 'Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak'. Lihatlah, burung sekecil ini pun mengerti akan soal ini.

Dan janganlah kita menjadi seperti cicak, yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)

Wallahua'lam.
____________ ______
Sabda Rasulullah SAW,
“Akan ada para amir(penguasa) ,maka kalian (ada yang) mengakui perbuatan mereka,dan (ada yang) mengengkari perbuatan mereka. Siapa sahaja yang mengakui tindakan mereka (kerana tidak bertentangan dengan syara’), maka dia tidak diminta pertanggungjawabannya, dan siapa saja yang mengengkari perbuatan mereka (kerana bertentangan dengan syara’) maka dia selamat.Tetapi siapa saja yang redha (dengan tindakan mereka yang bertentangan dengan syara’) serta mengikuti mereka,maka dia berdosa” [HR Muslim]

K O I



Koi, haa, mesti korang tertanya2, amenda la koi nih, macam oi je bunyinye, haha xpe2, dun worry. Hari ni sebam3d saja nk story sket tentang koi nih (merangkap prof pict sebam3d, hek3), ok bismillah...

Seperti yg korang tgk kat atas tuh, haaa tu la die kois (ade s sbb plural :P), tgh berenang molek2 dalam air. haaa cantik kowt, :D.

Koi ataupun lebih tepat ag nishikigoi, adalah jenis ikan (mmg la ikan, xkan itik lak kowt sebam3d). Kalo kat malaysia, ada macam2 nama, ikan kap, kap jepun, koi jepun, ikan emas panjang, haaa macam2 la, ade gak yg panggil ikan nih magic karp(pokemon),adoiii.

Ikan nih jugak die hadir dalam pelbagai warna n corak, especially kat bahagian atas dia, hm2, ikan nih gak ada corak di bahagian atas, kalo kat tepi badan die, kurang sikit. Owang selalu bela ikan nih dalam kolam, bak kata diowang kalo tensen2, tengok ikan nih dalam kolam, sambil berenang2, fuh~~ release tensen beb, haaa.

Koi memang ikan yg agak friendly, bak katany senang la nk masuk ngan ikan len kecuali piranha n adik beradik dia, kalo dgn species tuh, jangan katakan ikan koi je, sebam3d pun xnk, haha.

kalo sape yg berminat ngan ikan nih, n ade kolam yg x gune ke, kalo cuba bela ikan nih bleh gak, sbb x susah sangat nk jaga dia, lagi satu ikan nih kuat makan, mcm2 kowt dia makan, kalo tabur makan ikan, konfem die menyahut pnye, haha, promote ikan nih plak sebam3d nih, :)

rasanya tu je kowt pasal ikan nih yang sebam3d leh gtaw serba sedikit, kalo ade info apa2 yg tsilap, sebam3d minx maaf la ya. :D

kalo nak tahu lebih lanjut, kunjungi : http://en.wikipedia.org/wiki/Koi


Salam

Wednesday 16 June 2010

What the?

What the? tu le tajuk kali nih.

Actually, masa tgh surfing net, sebam3d tejumpa gambar nih, n sebam3d nk share :



Eh, pelik bebeno gambar yg sebam3d jumpa nih, x tahu la betul ke x, tp nampak cam serius semacam je gambar nih, hm2.

Sebam3d pun xtahu nak kata apa.
Wallahu 'alam

Sekadar rehlah minda

Salam dari Sebam3d,
Hari ni Sebam3d nk kongsi satu cerita,
ok, Bismillahirrahmannirrahim :

Mengapa Utara Tidak Ditawan Portugis(Fakta Sejarah)
Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini?..

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa?

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,?

Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .
Seminggu selepas

FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)

Alfonso: selamat pagi

Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinangyang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3: Betoi tu tuan.antaranya
hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana,
hang nak pi mana, hang singgah dulu bapak hang,mak hang, adik hang, tok hang
macam macam lagi hang ada kat sana?..

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan
pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat
ngeri??ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.

Harap anda semua terhibur :D

Tuesday 15 June 2010

00 - The Origins

PhotobucketAssalamualaikum and selamat sejahtera, dari sebam3d

Hm, rasa berdebar, happy, excited, segala macam perasaan ada ketika menekan button start blogging, haish cam x caya saja sebam3d berblog, hebat bukan? hahaha

Jadi sebagai permulaan ataupun pembukaan kata, bak kata orang macam pencuci mulut la sebelum makan, sebam3d harap dengan adany blog nih, sebam3d boleh share apa2 saja lah benda yg shareable, x specific pada mana2 genre or tajuk, asalkan shareable, tp kalo pasal politik, sebam3d pikir 2-3 kali gak la nk post, dapat tau kerajaan, sakit sebam3d,isk3 xnk la sebam3d.

Sebam3d rasa mesti korang tertnya2, asal la tajuk blog nih Another Day in Quicksand kan? (well you weren't think of that, but I was, lol ). Actually b4 sebam3d crita tentang tajuk blog nih, sebam3d nk la pekenalkan diri serba sedikit, at least dikenali gak, kan? haha. Nama sebam3d, yg ni nama samaran, xnk guna nama real, nama real cukup la kat IC ja, sebam3d amik medik, kat bumi mesir, bumi anbia' dan juga bumi firaun, rasanya yg tu ja kot pasal sebam3d, yg len2 pasal sebam3d, kita cerita len kali lak ya.

Tajuk blog nih sbb lokasi sebam3d yg berada di bumi anbia' nih, yg berpasir, mmg kalo owang sebut tmpt nih, owang akan ingat padang pasir secara automatik, haaa jadi sebab tu la tajuk blog nih ada quicksand, kira dia macam adik beradik desert gak la,hek2.

Ok la, rasanya yg tuh ja kot nk cita buat intro nih, ponet gak menaip nih, haha, jari jemari belum hypertrophy lagi, hm2. beklah sebam3d nk minx diri dulu :

Aduh sakit gigi
Ada time jumpa lagi

Assalamualaikum

-sebam3d-